Wednesday, October 28, 2009

Alzheimer test!!

This is a REAL neurological test. Sit comfortably..


1- Find the C below.
Do not use any cursor help.

OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOCOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO



2- If you already found the C, now find the 6 below.


9999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999

9999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999

9999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999

9999699999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999

9999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999

9999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999



3- Now find the N below. It's a little more difficult..


MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMNMMMM
MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM
MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM
MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM
MMMMMMMMMMMMMMMMMMM



This is NOT a joke.
If you were able to pass these 3 tests, you can cancel your annual visit to your neurologist.
Your brain is great and you're far from having Alzheimer Disease.



Monday, September 7, 2009

RON 95, menatang apa ni??

Seperti apa yg semua dah maklum, stesen2 myk kat Malaysia ni dah start mula guna petrol RON95 kan. Jd mai kt sembang sket benda apa RON95 ni (just skadar sy tau la). RON95 ni tdk akan di jual di pasar mlm mahupun di butik2 membeli belah, tp mgkn akan dijumpai di kedai abg G… hehe.. jd truskan membaca..

Apa benda sbenarnya RON ni?

RON adalah singkatan utk Research Octane Number. RON ni berbeza ikut kualiti la kiranya semasa pembakaran tu. So RON95 merujuk kepada nilai RON minima 95.

Apa akan jadi jika RON lebih tinggi daripada yg diperlukan?

- tiada impak ketara dalam prestasi engine.

Jika RON lebih rendah dari yg diperlukan?

- Ketukan akan berlaku dalam engine. (vibration)

Jd adakah kereta anda sesuai dengan RON 95 ni?

- Jawapannya semua jenis kenderaan petrol boleh menggunakan petrol dari jenis RON95 atau kurg, atau OEM (xtau benda apa ni) kenderaan membenarkan penggunaan petrol RON95 untuk kenderaan tersebut.

- Senang ckp kalo engine tu spec dia utk guna RON95 jd dia boleh la guna RON95 dan ke atas(RON97 ka).

Disini dilampirkan sket senarai negara2 dan petrol RON yg digunakan.



Jd patutkan penggunaan petrol di Negara kita didowngradekan ke RON95?

Bg saya jwpannya adalah YA, sbb :

  1. 1. Spesifikasi minimum bg kebanyakan engin kenderaan yg digunakan di Negara ini adalah RON91. Jd sesuai sgtlah RON95 ni.
  2. 2. Penggunaan RON97 yg besar selama ni adalah satu pembaziran. Sbb kalo kita tgk byk negara2 maju seperti jepun dan kat eropan nu guna RON yg lebih rendah.
  3. 3. Kurg la sket tanggungan subsidi kerajaan. Boleh wat benda len dengan duit tu dr dok tanggang subsidi berbillion-billion rgt tu.

Kat bwh ni bolehlah refer kesesuaian RON kpd kereta anda..






Jd jgnlah kita risau smpai xtdoq mlm, menangis2, dan merusuh di kampung2 mahupun di Bandar dengan penukaran ke RON95 ni .

Akhir kata marilah kita menggunakan PRIMAX95 daripada PETRONAS yang kini dengan bahan tambah baru yg dikenali sebagai G07 yg berprestasi:

- Sebagai pemangkin kpd proses pembakaran

- Menambah baik kualiti emission dan kurgkan pembentukan asap.

- Mengurangkan geseran di kawasan gelang omboh(piston ring area).

- Member faedah ekonomi myk semasa engine mula dihidupkan atau dipanaskan.

- Dan membantu menambahbaik ekonomi Malaysia dan Melayu.




Sbb skrg ni dah heboh2 dgn 1 malaysia ni.. jd

Salam 1 Malaysia buat semua terutama warga ikatan kasih.

Tuesday, August 25, 2009

kongsi sket pengalaman pertama ke laut

salam...

as requested by kak suri, jd meh cek nak kongsi sket gambaq2 time naik platform kat ganu nih buat santapan keluarga sepupu sepapat..
ni platform 1st la yang dinamakan RESAK, 6 hari kat ats tu.. sambut posa pun kat ats tu gak, tringat gak la kat ghumah walaupun makanan kat ats tu sgtlah byk dan sedap2..


ni la ghupa platform RESAK tu
135 km dari pantai
ni plak tempat tdoq yg dipanggil living quaters
raga biru tu dobi, letak baju dalam tu, 4,5 jam dapat balik dah siap lipat lg..

ni plak dalam bilik, 4 org sbilik.. 24 jam air-cond dgn 1 bilik ayaq
sejuk gedik dalam ni.. kalau tdoq mmg liat nak bangun.. haha

pagi2 6.30 tepat akan ada safety miting, smua staff carigali dgn kontraktor2 yg buat kheja ats tu kena attend.. jatuh hukum wajib gak la masuk miting ni

ni bilik radio operator.. hal2 chopper booking nak balik kat cni

ni jejaka yang masih bujang dalam miting/conference room..
kalau ada calon nak pekenai buleh la..haha

kalau miting dgn org kat ofis kat darat guna menatang ni

pemandangan dari ats helideck..

pemilik platform

ni la padang bola org2 kat ats ni, kdg2 men futsal ats ni..
tgk staff ni dok jogging sorg2 bln posa ni

kat cni xdak lift atau escalator.. jd semuanya kena pakai tangga.. kira exercise naik trun tangga pun xpa dah
ni flare tempat bakaq gas2 lebih dari vessel

ni la tempat gas/condensate yang diambik dari bawah nu.. lps tu dieksport ke darat guna pipeline..

pemandangan dari tepi platform

platform RESAK ni jgk byk mercury yg sgt merbahaya, jd kena la lebih berhati2 bila lalu kawasan process asingkan merkuri ni

tgh2 laut ni, amalan mesti dijaga.. surau yg sentiasa kemas

byk ikan2 yg berteduh bwh platform ni

yg kat blakang tu telecommunication tower..

ni plak keychain dapat lps bg 5 minit safety talk time morning meeting pagi2..6.30 pagi hari2 ada morning miting.. hoho pagi2 buta dah kena bangun..


jd begitulah serba sedikit perkongsian saya.. sekian trima kasih..

* hari2 dok ats tu tringat gak la kat kampung.. hoho


salam

Wednesday, August 19, 2009

dont ever try dis


unsave act..







Thursday, August 6, 2009

melayu malaysia

just nak share psl email yg sy dpt psl artikel yang ditulis oleh Dr. Mohd Ridhuan Tee.
selamat membaca...

Saya* tidak menafikan bahawa kematian Teoh Beng Hock perlukan kepada
pembelaan. Saya amat mengalu-alukan keputusan Kabinet untuk menubuhkan satu
inkues dan Suruhanjaya Bebas Diraja untuk menyiasat dan menentukan punca
kematian Beng Hock. *

Siasatan yang telus dan rapi mesti dijalankan tanpa rasa takut agar dapat
memuaskan hati semua pihak, apatah lagi pihak keluarga dan parti pembangkang
yang begitu bersungguh-sungguh dalam isu ini.

Namun, saya merayu, semua parti berkepentingan, supaya bersabar menunggu
sehingga siasatan selesaikan dijalankan. Di kala itu, kita akan mengetahui
apa yang benar, apa yang salah dan siapa yang benar dan siapa yang salah.
Selepas itu juga, kita boleh bercakap dan berkokok berpuas-puasnya mengenai
perkara ini.

Hukumlah mereka yang bersalah, tetapi jangan jadi Tuhan sebelum sesuatu
perkara dibuktikan. Saya amat takut politik mahukan jadi Tuhan yakni dengan
membuat andaian pelik-pelik, yang mana hanya Tuhan sahaja yang Maha
Mengetahui sebelum sesuatu perkara dibuktikan.

Dalam menganalisis isu ini, saya teramat hairan kenapa tiga parti politik
Cina, MCA, Gerakan dan DAP, serta parti pembangkang Melayu yang lain begitu
bersungguh-sungguh membuat pelbagai andaian dengan menuding jari kepada
pihak-pihak tertentu, tanpa menunggu keputusan siasatan.

Saya tidak menafikan ada yang tidak kena dengan cara Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) mengendalikan kes ini. Namun, tindakan menuding hari
ini seolah-olah memperlihatkan mereka mahu memenangi hati orang Cina, demi
kepentingan politik. Lebih-lebih lagi parti-parti komponen seperti Gerakan
dan MCA yang telah mula hilang kepercayaan orang Cina.

Ketua Wanita MCA mengeluarkan kenyataan lebih ekstrem mendesak Menteri Dalam
Negeri supaya anak yang dikandung oleh teman wanita Beng Hock diletakkan
status anak sah taraf dan bukan anak luar nikah. Sedangkan kita semua tahu
bahawa mereka belum berkahwin secara rasmi atau telah bersekedudukan tanpa
nikah. Bermakna, anak itu tetap anak zina atau anak luar nikah (anak tidak
sah taraf). Berapa ramai lagi anak luar nikah yang ingin kita sahkan hasil
daripada hubungan luar nikah ini.

Sedarkah Ketua Wanita MCA betapa ramai gadis-gadis Melayu Islam yang menjadi
mangsa (bersekedudukan dengan pasangan Islam atau bukan Islam, sama ada
secara paksa atau sukarela) melahirkan anak luar nikah tanpa dibinkan kepada
bapa mereka? Kenapa MCA tidak memperjuangkan nasib mereka?Kenapa MCA tidak
pergi berjumpa Menteri Dalam Negeri untuk mengesahkan semua hubungan sumbang
ini? Apa pun jua punca kematian Beng Hock, hubungan yang haram tetap haram,
ia tidak boleh disahkan, hanya kerana insiden ini.

Jika ditakdirkan Gautama Buddha (juga Konfusius dan Lao Tzu) masih hidup,
sudah tentu tindakan Ketua Wanita MCA ini akan dicela kerana ajaran Buddha
(juga agama lain, terutama agama Islam) mengharamkan sama sekali perbuatan
berkesedudukan (zina) tanpa nikah, apatah lagi sehingga melahirkan anak luar
nikah.

Saya amat mengharapkan parti-parti politik Cina bertindak waras dan jangan
terlalu ekstrem. Fikirkanlah hati orang lain jua bila mengeluarkan sesuatu
kenyataan, terutama orang Melayu.

Orang Melayu tidak kurang yang menjadi mangsa seperti Beng Hock.
Persoalannya, berapa ramai di kalangan kita yang bangun membela mangsa
tersebut? Kenapa bila seorang Cina meninggal dunia (kita masih belum
mendapat puncanya), Malaysia seolah-olah seperti macam nak kiamat atau
dilanda tsunami.

Saya juga amat bersimpati dengan Beng Hock, tetapi beliau sudah ditakdirkan
meninggal dunia dalam keadaan sedemikian. Mesti ada hikmah di sebaliknya.
Tidak bolehkah kita tunggu hingga siasatan selesai.

Saya ingin bertanya kepada parti-parti politik Cina, akhbar-akhbar Cina dan
parti-parti politik pembangkang Melayu, sejauhmanakah pembelaan dibuat
sekiranya ia berlaku di kalangan orang Melayu? Misalnya, pembunuhan gadis
model Mustakizah Jaafar pada 14 November 1998. Berapa ramai yang
bersungguh-sungguh menunjukkan belang mereka. Apakah MCA, Gerakan dan DAP
begitu bersungguh-sungguh menunjukkan pembelaan terhadap Mustakizah?

Berapa ramai yang tampil berdemonstrasi dan menyerahkan memo bantahan atau
mendesak supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan. Adakah MCA, Gerakan dan DAP
begitu terkehadapan dalam isu ini? Begitu juga dengan Pas dan PKR (belum
wujud lagi), adakah mereka begitu bersungguh-sungguh dalam mempertahankan
nasib Mustakizah? Sehingga kini, kes kematian Mustakizah masih lagi menjadi
misteri.

Saya masih ingat pada November 2005, kononnya tahanan warga China telah
dipaksa berbogel dan ketuk ketampi oleh seorang anggota polis wanita semasa
dalam tahanan. Aksi tersebut telah dirakam dan gambarnya menghiasi dada-dada
akhbar tempatan terutamanya akhbar berbahasa Cina. Dengan rasa bersalah yang
teramat sangat, walaupun belum dibuktikan, kerajaan ketika itu telah
mengarahkan Menteri Dalam Negeri, untuk segera terbang ke China bagi
menjelaskan sebarang kekeliruan yang mungkin timbul akibat daripada kejadian
tersebut.

Semua ini hasil desakan dan tindakan ekstrem MCA, Gerakan dan DAP, termasuk
akhbar-akhbar Cina, serta tidak ketinggalan parti-parti pembangkang. Setelah
siasatan dijalankan, ternyata gadis yang dipaksa berbogel itu bukan warga
China tetapi seorang gadis Melayu. Malang sungguh menjadi orang Melayu,
selepas itu, kes ini tidak lagi dibincangkan, malah menjadi senyap dan tidak
dibahaskan lagi di dada-dada akhbar, terutama akhbar Cina.

Apa yang saya maksud di sini ialah bila sesuatu kejadian yang menimpa orang
Melayu, tidak ramai yang berasa sensitif tetapi bila orang lain terutamanya
(Cina dan India), seolah-olah hari sudah hampir kiamat seperti tidak ada isu
lain yang hendak dibincangkan lagi.

Kita jarang berpolitik untuk mempertahankan apa yang benar dan apakah yang
salah? Tetapi kita lebih banyak berpolitik dengan politik yang merugikan
iaitu menuding jari untuk melihat siapakah yang menang (benar), siapakah
yang kalah (salah). Politik hanya untuk mencari keuntungan politik atau
mendapat undi politik, sedangkan maruah agama dan bangsa tergadai.
Berbaloikah dengan berpolitik sebegini? Sedangkan orang lain sentiasa
mengambil kesempatan hasil dari kelemahan kita?

Kita juga jarang berpolitik melihat kepentingan semua kaum, tetapi
berpolitik secara sempit mempertahankan kaum sendiri sehingga hilang
rasional akal. Tujuannya tidak lain, untuk mempertahankan kuasa dan
memancing undi. Masing-masing mahu menjadi jaguh kaum, dengan mengenepikan
kepentingan umum. Berapa banyak surau dan masjid dirobohkan untuk tujuan
pembangunan? Berapa ramai bukan Islam tampil mempertahankannya? Orang Islam
masih boleh menerimanya.. Itulah sikap toleransi yang amat saya kagumi.

Tetapi bila ada satu kuil atau tokong dirobohkan bagi tujuan pembangunan,
satu Malaysia bagaikan nak ribut dan kelam-kabut seolah-olah telah berlaku
penganiayaan terhadap orang bukan Islam.

Malaysia diperlihatkan tidak mengamalkan kebebasan beragama. Macam-macam
tuduhan dibuat, tidak cukup dalam negeri, dibawa sama keluar negeri untuk
menagih simpati dan memburuk-buruk tanahair sendiri. Berbaloikah?

Sedangkan kita semua sedia maklum bahawa rumah ibadat orang bukan Islam
(Hindu, Buddha dan Kristian) melebihi berkali-kali ganda daripada jumlah
masjid dan surau.

Jumlah kuil Hindu sahaja sudah melebihi masjid dan surau, apatah lagi jika
dicampurkan dengan rumah ibadat agama Buddha dan Kristian dan lain-lain.
Sedangkan semua sedia maklum bahawa orang Islam adalah penduduk majoriti dan
agama Islam adalah agama rasmi negara ini.

Logik

Dari segi logik dan rasionalnya, sudah tentu kita mahu melihat bilangan
surau dan masjid melebihi rumah ibarat yang lain, dengan mengambil kira
sejarah dan keistimewaan Islam (Melayu) seperti yang termaktub dalam
perlembagaan.

Tetapi adakah ia berlaku? Jawapannya, tidak. Realiti yang jelas adalah, kita
mempunyai patung yang tertinggi dan terbesar di dunia, walaupun penduduknya
hanya berjumlah lebih kurang 10 peratus. Beginilah nasib Melayu di bumi
Melayu. Terlalu menjaga hati orang, sehingga hati sendiri terguris tiada
siapa yang tahu atau mungkin orang lain tak ingin ambil tahu, sebab tidak
berkaitan atau tidak menguntungkan.

Saya juga teramat ingin mendengar kenyataan daripada orang bukan Melayu
(parti politik Cina dan India) tentang pembelaan nasib umat Islam Cina
Uighur yang dibunuh secara terancang oleh kerajaan China. Kenapa mereka
tidak bersuara menentang tindakan ganas ini?

Hanya kerana orang Cina itu beragama Islam, maka ia menjadi senyap.
Bayangkanlah kalau yang terlibat itu adalah Cina yang tidak Islam, sudah
tentu mereka akan melompat-lompat.

Begitu juga isu apabila adalah orang Cina/India yang bertindak keluar
daripada Islam yakni Murtad atau orang Melayu murtad, berapa ramai bukan
Melayu yang tampil ke hadapan memberitahu mereka supaya janganlah murtad.

Berapa ramai kalangan mereka yang memujuk mereka yang mahu murtad agar
jangan murtad, hormatilah agama Islam seperti yang termaktub dalam
perlembagaan dan jagalah hati orang Melayu Islam. Apa yang selalu kita
dengar ialah mereka akan mengapi-apikan lagi mereka yang ingin murtad untuk
terus murtad dan mempertahankannya bermati-matian setelah mereka murtad.

Mereka mengatakan ini adalah hak asasi manusia. Tetapi bila mana tiba isu
berkaitan Islam, maka semua hak asasi itu hilang entah ke mana. Yang dicari
hanya ketidakadilan Islam, ketidakadilan mahkamah syariah dan bermacam-macam
lagi.

Ini tidak termasuk lagi isu perebutan mayat saudara baru yang meninggal. Apa
yang saya tahu, kita selalu mengalah berhadapan dengan golongan ekstrem ini.
Paling menyedihkan, mereka langsung tidak bersyukur apabila kita beralah.

Tetapi apabila mereka tidak mendapat apa yang mereka hajatkan, setelah
undang-undang menyebelahi kita, maka kita (agama Islam dan mahkamah syariah)
akan dikecam habis-habisan.

Justeru, sudah sampainya kita berpolitik secara matang dengan meletakkan
kepentingan semua kaum di hadapan bertunjangkan kepada perlembagaan,
berbanding politik etnik (kaum) yang sempit.

Dalam isu Beng Hock ini, bersabar dan tunggulah sehingga siasatan selesai.
Jangan membuat andaian dan mengapi-apikan isu ini, kerana ia tidak
menguntungkan sesiapa. Yang pergi tetap telah pergi, hidup ini perlu
diteruskan. Jadikanlah ia sebagai suatu ikhtibar untuk kita menerokai atau
berpolitik dengan lebih baik seperti mana Allah SWT berfirman dalam
al-Quran, jadikanlah sesuatu kejadian yang berlaku sebagai pengajaran, wahai
orang-orang yang mempunyai pandangan.


Dr. Mohd Ridhuan Tee
Penulis ialah Pensyarah Kanan,
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

Friday, July 24, 2009

hari2 pakai


salam dan selamat utk yg jauh dan dekat.

jd hr ni ada rs mcm nak update sket blog yg dah bersawang nih..

sbb dah ada kamera utk amik gambaq, jd bole la letak gambaq2 pasni..hehe



baju kuning ni bknlah pakaian astronaut atau penyelam mutiara laut dalam tp inilah pakaianku bila masuk plant kat kerteh dan paka ni. jd kalo trun plant ke TCOT(terengganu crude oil terminal), OSC(onshore slugcatcher) atau OGT(onshore gas terminal), maka inilah pakaian yang dipanggil coverall.

time masuk plant tu, kn pakai safety glasses ngan safety helmet skali. yang xbest sket tu, xleh bwk henset. adei..

tp kekadang tu masuk opis kat kerteh. kalo ke opis kn pakai semat sket la jwbnya.

mesti mau long sleeve, kasut hitam kilat2 ngan long pants seterika kemas2. hensem sket la time p opis nih.



nih osmet2 yang tgh bersiap utk ke opis awal2 pg nih. bajet semat dah la tu..


jd begitulah hari2 dr ahad smpai khamis kena pakai p keja smpai la abeh praktikal bln 1 nnt...


chow..



Tuesday, July 21, 2009

salam..

mintak maap kpd sesapa yg ada masuk blog ni yg xberupdate selama 8 bln..
insyaAllah lps ni mgkn ada la update sdikkit sebanya na..
br nak start bkk balik ni...hehe


rdgs,
mfbn